Clip Art
Welcome to our blog.Please come and visit us again.

Our Friendzrope bond for...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers falling object

Thursday, January 6, 2011


ermh...lagu ni bleh la nak kata best, tapi perkara yang saya nak hightligt kan kat sini, lirik dia...
hehehe

jom tengok lirik dia camne....
bagus sangat!

^^

Wednesday, January 5, 2011

Sebuah Memori 3 Amanah

Hari ni mak aku suruh aku tampal kertas iklan kelas tuisyen dia dalam kelas budak-budak form 3.
Aku pun akur je dengan mak aku. Masa tu waktu balik sekolah, orang pun dah tak der lam kelas, semua dah balik rumah masing-masing cuma form 6 je, dorang balik lambat, ada kelas.


Aku pun naik lah ke blok form 3, tenang, damai, sunyi, aku pun menjalankan tugas aku dengan amanah dan semangatnya.
Aku tampal semua kertas-kertas tu. Dalam operasi menampal ni, aku pun sampai kat kelas lama aku, kelas 3 Amanah, yang kini tertera name kelas 2 Etika. Aku pun melangkah masuk.


Aku tengok kat sekeliling, kat dalam kelas, tak de orang, aku pun masuk je...
Aku tengok kat luar, pun tak de orang...
Suasana sunyi, damai...
Alhamdulillah, semua dekorasi dan tampalan masih ada, kecuali barang yang dah diambil semula oleh tuan empunya barang yang sudi meminjam kepada kami selama 1 tahun...cantek kelas kami.
Aku terpandang kertas-kertas warna pink, ditampal kat dinding kelas, antara dekorasi kami.
Pastu aku jalan perlahan-lahan, aku tengok lagi banyak kata-kata motivasi tertampal kemas pada dinding kelas, aku lihat sinopsis novel Prisoner Of Zenda, sinopsis tu kami warga 3 Amanah yang buat, hasil karya setiap tangan kami...
Tulisan comel-comel belake...besar, kecik, tunggang langgang semua ada...hahaha..
Pastu aku jalan kat meja cikgu kat depan.


Aku tengok meja-meja dalam kelas tu, dah disusun mengikut penghuni baru...
Aku pun pergi tampal kertas iklan tu...
Aku tengok meja guru kat tepi aku, aku teringat kat Ustazah Rosliza duk mengajar dengan muka yang penuh harapan dan semngat, ustazah bahasa Arab kami. 


Angin pun semakin berderu menerjah bukaan pintu depan kelas 3 Etika sekarang.
Aku makin asyik dibuai memori lama, rasa rindu mula menerjah emosi tin kosong aku...
Perasaan sedih mula merangkak mari, aku terus menepis perasaan tu...
Dush, perasaan itu pun jatuh tersungkur...kesian dia...aku biarkan dia tanpa pertolongan...
Aku pun berlalu pergi sambil pandang meja aku dan kawan-kawan aku.
Aku jeling sekilas tanpa perasaan yang mendalam, namun hati aku tetap mulai merindui memori di meja tu.
Aku biarkan...aku menyambung kerja ku dengan gigih dan baik nya.




Ehhh!...aku jalan-jalan sampai kat kelas 3 Etika, bukan ke tadi dah masuk kelas 3 Etika, 
laaaaa rupa-rupanya tadi kelas 2 Etika!...aku pun bergegas ke kelas tadi, yang dulu nya kelas 3 Amanah...
Aku turun tangga dengan pantas nya, aku pun jalan perlahan-lahan masuk kelas tadi.
Macam mana aku boleh tersilap tampal dalam kelas ni...ishk, silap baca name kelas rupanya.
Aku cabut balik kertas tadi...
Aku pun on the way nak keluar, aku jalan ke arah pintu depan, ishk! angin sekali lagi mengganggu aku.
Nyaman nya, Subhanallah...


Aku pun cari spot terlindung sikit depan muka pintu, tak nak orang lain nampak because nak layan emosi sikit, aku kasi chance tuk emosi tadi merasuk ku...aku berdiri kat situ, aku pandang kat tempat duduk lama aku dalam kelas tu...tempat first seat, paling depan...VIP punya class...


hmmmm, yang mana lah meja aku, aku pun terus jalan, agak nya yang ni kot...ermmm aku yakin yang ni...
Aku pun terimbau kembali kenangan aku dan kawan-kawan aku tengah belajar bahasa Arab...
Syok nya belajar, sukar nya belajar, alhamdulillah kami di beri guru yang bermotivasi dan bersemangat...
Akhirnya, kami berjaya dengan keputusan masing-masing hasil titik peluh Ustazah Rosliza dan diri kami sendri...
juga rezki dan ujian Allah kepada kami, alhamdulillah...


Aku terpandang sebuah kertas kad manila terpampang di dinding tertera ayat suci Al-Qur'an, surah Al-Jumuua'h kalau tak silap aku...


Tulisan kat kertas tu masih elok, itulah hasil ku...aku di pinta sekalian makhluk kelas 3 Amanah untuk menulis ayat tu...kata dorang, my khat writing cantik...aku rasa tak pun, my friend punyer ada lagi cantik, tak bohong...
But, melihat kembali hasil ku, aku mula merasa bangga dengan diri aku...ishk, nyampah nya!...
Aku gembira bila orang dapat membaca tulisan ku, kerana tulisan rumi aku kata 1 of my kawan, langsung tak boleh nak faham...


.....


Aku tersedar lagi, kini, semua nya dah berlalu...seorang kawan baik ku sudah mengambil haluan nya sendiri, dia dah pindah..
dia dah tak de lagi kat sini...minggu depan seorang lagi akan melangkah pergi dari SMKTLS...


Ahhhh....kenangan lalu...
Angin tetap bertiup nyaman, jauh membawa ku pergi walau sangat sekejap...


Indah nya, kami duduk sama-sama, dengar pelajaran cikgu sama-sama, bergurau senda, pelajar lelaki buat lawak, kami gelak sama-sama, sekali dengan cikgu-cikgu gelak sama...
Semua tu dah berlalu....itulah kenangan...
Perasaan rindu menyengat hati aku, aku merasa rindu kat kawan-kawan aku, aku mula merasai sebuah kehilangan...


Aku pun berlalu pergi dari situ...dan meneruskan kerja aku....aku membiarkan semua perasaan tu gugur dengan sendiri, tapi ia meninggalkan bekas...
Aku berlalu bersama bekas perasaan yang terkesan dan membiarkan nya membuai aku..
Perasaan tu perlahan-lahan berlalu pergi..
Akhir nya kerja-kerja ku sudah siap!


-the end situasi di sekolah,naseb air mata tak keluar kat sekolah, but di rumah..T_T (berderai)-



ya zamili...

kat SMKTLS kita jumpa,

kat SMKTLS kita ketawa,

kat SMKTLS kita berduka,

kat SMKTLS kita belajar,

kat SMKTLS kita telah menajdi kawan,

kat SMKTLS kita lepak sama-sama,

kat SMKTLS kita makan sama-sama,

kat SMKTLS kita berjuang bersama-sama untuk berjaya,

semuanya di SMKTLS,

dan di SMKTLS juga kita berpisah..,

berpisah mata, 

tapi bukan berpisah hati sebab kita dah berjanji..,

sekali berkawan,

SELAMANYA kita berkawan..,

itu janji kita..


Ingatkah kita kepada Rasullah S.W.T.?? ingat kah Rasulullah kat kita juga....Sedih!

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu’alaihiwa sallam sendiri”.
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”. SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” , -’sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi’-. Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” , – sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul ‘arabiyah, tp kami terjemahkan) , “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana” . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti” . Lepas tu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati…” , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “Jgn pergi Ya RasuluLlah” , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau…xtaulah, waLlahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .” . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. ‘Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwa sallam’.
Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah…” . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, “Assalamu’alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin” . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “. SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.” . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
” Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar” . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh” . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata’ ala. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan” .
Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; “Tak rugi kita bersabar…”





- copy dari blog org!....- di benarkan ek!...

Monday, January 3, 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak



we are girls okay...

hehehe, nak try la mengfamouskan diri kat bloglist budak botak ni...
tengok camne,...hehehe

korang nak join jugak boleh, syarat nya camni, tekan budak botak atas tu, bleh sampai blog dia, huhu, tu tangga bawah bumbung tau! =


Syarat2nya:
 
1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"

2) Letak gambar atas tu kat awal2 entry korang.

3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)

4) Tag 3 orang kawan2 korang yg berminat

5) Letak link entry korang kat bwah nie.

6) Share dkat Facebook. He3, xda la yg ni gurau ja... 

saya mengetag...



okay, tu saje..huhu

Berpisah!

salam semua, gud nite,

apa azam baru korang tahun ni?..

kami kat sini berazam nak jadi students lebih baik dan membanggakan sekolah seperti tahun lepas..
kejayaan kami dalam PMR dengan cemerlang cukup menmbanggakan guru2....

~ so kami nak berdiri sendiri selepas berpisah nanti~
because ada antara kami akan berpisah!

cedih nyaaaa!!!

sob3..
biasa la kan lumrah hidup..
semoga kami tabah menghadapi hidup ini,
amin.

..korang sentiasa di hati ku sahabat..

Me, You, Her ! love!

You,
You are my friend,
She,
She is my friend too,
I remember all of you,
I love all of you,

I like something in you,
That she dont have..
I like something in her,
That you don't have..

You can't replace her,
And,
She can't replace you too,

So, you don't have to be her,
She, don't have to be you,

Because, 
She is she
You are you

Because you and her are different,

She make her own beautiful colour,
You make your own sweet colour,
These colours fill my life!

Both of you,
All of you,
Delight my days,
Coloured my world,
Cheer me up in every second,

Maybe her dunno this,
Maybe she know this.

You?..do you know this?..
How much you understand what i'm trying to tell you..and her?

I will always remember her because she is my best friend ever,
And I, will always remember you too because you are my best friend ever,

If you were her, who will be you?
She?
Is it still the same?..

This is how i feel,
how i want,

So, how?
How about HER?
How about YOU?

Did both of you, 
Did all of you feel and want the same as me?

I dunno!
Just YOU and HER know thats..
How much you need me in your life..
As I need you?...

Lembaran Cerita Blog