Clip Art
Welcome to our blog.Please come and visit us again.

Our Friendzrope bond for...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers falling object

Friday, July 22, 2011

Perjalanan Setiap Kita


Setiap langkah membawa perubahan...
Ke manakah kita membawa langkah itu??!
Adakah ke arah mahmudah mahupun mazmumah...

Setiap pilihan akan membawa seorang hamba menerokai sekelilingnya...
Memperolehi segalanya daripada pilihannya...

Namun, dari mana sekalipun setiap langkah itu bermula...
Tapak berakhirnya ia hanyalah dihadapan Allah S.W.T. ...
Hanya satu...

Setiap pilihan yang dibawa pada awal kehidupan setiap insan...
Adalah destinasi berakhirnya sebuah perjalanan...

Dunia hanya permainan...
Penuh tipu daya yang mengasyikkan...
Usahlah duhai teman-temanku...
Kalian tertipu dengan pilihan yang dihamparkan...

Letakkan keimanan yang teguh dalam hatimu...
Bajai hati dengan lunaknya kalamullah...
Agar kekal hidup hatimu...
Agar pilihanmu tidak mencampakmu ke tempat yang hina...
Nauzubillahiminzalik.


Tiada terdaya aku menarikmu pada hari itu, hanya hari ini yang aku ada untuk membantumu duhai teman. Maafkan daku seandainya aku terlewat.
(KasihSahabatmu) 

Monday, July 18, 2011

ILusi Karya Member..

Tengok ni kartun cute! Cepat pilih cepat pilih! hihi...


Hari ni hari aku sedikit rajin, kemas sampah-sampah sarap celah dinding...Tapi bukan jumpa kartun-kartun cute tu ae...saje je tu nak cantikkan entry...
Continue..
Kemas punya kemas kertas-kertas lama..
Then, terjumpalah karya-karya lama kawanku! Karya Cik Amirah...
Dulu ada janji ngan dia nak buat macam buku laa..simpan karangan dia ni..
Ha... sekarang aku taip sini..baca lah semuanya ye..

And inilah karya-karya beliau..hehe
Mula-mula of course lah pasal member-member...kan.

KAWAN..

Aku  bagaikan pokok dalam hutan yang dikelilingi oleh pepohon hijau lagi menyubur dan haiwan-haiwan yang sentiasa menjadikan aku sebagai makanannya. 
Kadang kala, aku membantu mereka. 
Kadangkala mereka memakanku.
 Kita tidak tahu yang kita dibenci dan tidak disenangi oleh kawan tapi mereka juga tidak sedar dengan bantuan yang kita hulurkan.
 Aku tidak mengharapkan pembalasan melainkan kawan sejati.
 Lumrah berkawan siapa tahu.

Dan lagi karya Cik Amirah...
Berkisah cintan cintun... but don't worry ye, tak ada cinta yang menyimpang...hihi

CINTA..

Apabila kita bertanya tentang cinta, semua orang berebut-rebut untuk menceritakan pengalaman mereka.
 Berebut-rebut menceritakan kisah duka mereka. 
Tetapi adakah mereka berebut-rebut untukuntuk menanyakan tentang Islam, tentang  ciri-ciri hamba yang disayangi Allah. 
Tentu sekali tidak.
 Mereka sedih  apabila dibenci oleh kekasih, tetapi adakah mereka sedih apabila dibenci oleh Allah S.W.T. ...cintailah Ilahi, nescaya kamu tidak akan dikecewakan bahkan syurga yang menanti kedatanganmu.

Hmmm! Apamacam pendapat kaliannn??! Menarik??! Syok?! Or jawapan komersil artis-artis? ("No komen") ... ikut suka mung la... hek3

Okay sambung lagi...haa... =D Saya yakin mesti komen untuk karya ni... " ****** *****" ...huhu
Aduh, rindu plak kat Mirah.. =P

RINDU..

Apabila aku merasa kehilangab,
Rindu bersarang di hati,
Pabila dia berada di hadapan 
benci menyelubungi seluruh akal fikiranku
Mengapakah perasaan ini harus hadir ....
kerana aku masih mencintainya
dan belum bersedia untuk
menghadapikehilangan seorang
jejaka yang aku sayangi.

(Actually petikan ni kena boikot dah dulu sama aku and aina, hahaha  =P )
 Tidak mengapa, sangat menarik, penuh emosi dan menggamit jiwa. Okay, okay...

Lagiii...haaa...ni dia..
Pasal golongan ketua bidadari-bidadari syurga..
Iaitu WANITA solehah..

WANITA..

Wanita bagaikan sekuntuk bunga mawar yang luarannya harum dan cantik tapi disekelilingnya dikelilingi oleh duri iaitu iman mereka yang menjaga mahkota wanita mereka.


 Iman melambangkan ketegasan mereka yang bertegas daripada melakukan perkara terkutuk. 


Keharumannya pula melambangkan setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 


Sifat-sifat mahmudah mereka menjadikan mereka wanita solehah dengan peribadi yang cantik dan tidak jemu dipandang.

And! Sahabat-sahabat ku sekalian...
Petikan yang terakhir ialah ~> Success

KEJAYAAN..

Mengapakah setiap kejayaan harus ada kegagalan. 
Ini kerana kegagalan merupakan ujian daripada Allah S.W.T. kepada umat-umatnya. 
Tanpa kegagalan, hidup ini tiada keseronokan dan keceriaan kerana kejayaan sentiasa berada di tangan kita, kita akan selalu berpuas hati kerana hati kita sentiasa diisi dengan kejayaan.
Tetapi apabila kegagalan menghampiri, hati kita selalu ingin diisi dengan kejayaan.
Oleh itu kita akan sentiasa berusaha walaupun onak dan duri yang kita hadapi amat menyakitkan tetapi ia merupakan kenangan manis mencapai kejayaan.




DONE! Hm..itu sahaja..semua ni ditulis semasa kitorang form 2 kalau tak silap.
Hm dimana ada kekurang tu maybe kerana mentaliti kami yang masih belum matang kot. But, I'm sure sekarang, pasti lebih amntop lagi...Tak gitu Amirah??!

Ni 100% original ayat dia, tak ubah sikit pun, tajuk pun...cuma bahasa mat rempit tu jela yang tukarnya. Supaya faham. Okay, tata..

Friday, July 15, 2011

Kuetiau Kung Fu !











Ni lah antara gambar-gambar aktiviti aku dan kawan-kawanku... MEMASAK !
Hobi kami yang sangat sangat fun...

Kuetiau Kung Fu ni untuk oral bahasa melayu kitorang...
Nanti kitorang pasang video yang dah siap diedit, then tayang dalam kelas, and bercakap...
Senang kan??


Oklah, tak bleh cakap bany0k-banyok, sini hujan and guruh sekarang....
Sampai jumpa lagi...

Friday, July 1, 2011

Tomorrow Is a BIG DAY !

Letihnya !
Nak tid0rrr ~

Hari ni memang padat gile jadual... Alhamdulillah masih ada sikit ruang masa untuk rehat...
Pagi tadi pergi sekolah, angkut barang untuk jualan, siapkan meja kat sekolah untuk jualan esok...pastu pukul 3.15 petang pergi rumah wani nak buat cupcakes..., pukul 7.15 petang baru laaa saya pulang rumah!!! Aih...nasib la mak faham.. kira-kira jumlah cupcakes dapat la 166 biji, untuk untuk saya and wani dalam 16.50... excited giler kitorang...tak sia sia la usaha kami...apa-apa pun tu kalau semua cupcakes tu laku la....kalau takkk...hm....kurang la sikit kot....modal tu still boleh rolling lagi...

Then, magrib tu bersiap-siap untuk pergi jamuan bbq yang dijalankan oleh rukun tetangga kat kawasan perumahan saya...pukul 11 ni baru laa bleh landing elok-elok atas lantai..program ni saya pun baru tahu dalam masa terdekat ni, mengejut...alahaaiii...(bleh la lantai pun)

Member-member lain pun busy gak ada yang packing barang-barang and siap-siap untuk jualan esok...
Ada maybe dah on bed kot, nak kejut awal esok nak masak-masak untuk jualan...
Then, duk contact contact sal masalah air 1 dozen tu...kes kedai tutup...
Tapi alhamdulillah akhirnya settle jugak...kalau tak kami nak jual air apa laaa esokkk...
Kitorang da beli dalam 8 botol air gas sebelum ni, tapi kes nak harga murah and boleh campur pelbagai jenis air, nak lah pergi beli kedai lain..malang sekali kedai tutuppp!

Pergi la beli kat pam minyak tu! Paling dekat...thank you bebanyak kat mak Afiqah sebab sanggup tolong kami....beli air...

Apa-apa pun, nak rehat-rehat badan, esok nak berlari, nak kena pergi sekolah pukul 6.30...nak awal...then, nak kena berjualan...

Ya Allah kau berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan hari-hari kami dan engkau murahkanlah rezki kami...Amin.


By da way, gud luck to anyone yang bakal menghadapi hari besar jugak esok, yelah, esok dah masuk bulan 2/7/2011...kan kan kan??!

Hm... ^_^ Hav Nice Days~ K..siapkan mental kalian untuk segalanya.. (me too, =) )

~ Daa ~

Lembaran Cerita Blog