Clip Art
Welcome to our blog.Please come and visit us again.

Our Friendzrope bond for...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers falling object

Monday, July 18, 2011

ILusi Karya Member..

Tengok ni kartun cute! Cepat pilih cepat pilih! hihi...


Hari ni hari aku sedikit rajin, kemas sampah-sampah sarap celah dinding...Tapi bukan jumpa kartun-kartun cute tu ae...saje je tu nak cantikkan entry...
Continue..
Kemas punya kemas kertas-kertas lama..
Then, terjumpalah karya-karya lama kawanku! Karya Cik Amirah...
Dulu ada janji ngan dia nak buat macam buku laa..simpan karangan dia ni..
Ha... sekarang aku taip sini..baca lah semuanya ye..

And inilah karya-karya beliau..hehe
Mula-mula of course lah pasal member-member...kan.

KAWAN..

Aku  bagaikan pokok dalam hutan yang dikelilingi oleh pepohon hijau lagi menyubur dan haiwan-haiwan yang sentiasa menjadikan aku sebagai makanannya. 
Kadang kala, aku membantu mereka. 
Kadangkala mereka memakanku.
 Kita tidak tahu yang kita dibenci dan tidak disenangi oleh kawan tapi mereka juga tidak sedar dengan bantuan yang kita hulurkan.
 Aku tidak mengharapkan pembalasan melainkan kawan sejati.
 Lumrah berkawan siapa tahu.

Dan lagi karya Cik Amirah...
Berkisah cintan cintun... but don't worry ye, tak ada cinta yang menyimpang...hihi

CINTA..

Apabila kita bertanya tentang cinta, semua orang berebut-rebut untuk menceritakan pengalaman mereka.
 Berebut-rebut menceritakan kisah duka mereka. 
Tetapi adakah mereka berebut-rebut untukuntuk menanyakan tentang Islam, tentang  ciri-ciri hamba yang disayangi Allah. 
Tentu sekali tidak.
 Mereka sedih  apabila dibenci oleh kekasih, tetapi adakah mereka sedih apabila dibenci oleh Allah S.W.T. ...cintailah Ilahi, nescaya kamu tidak akan dikecewakan bahkan syurga yang menanti kedatanganmu.

Hmmm! Apamacam pendapat kaliannn??! Menarik??! Syok?! Or jawapan komersil artis-artis? ("No komen") ... ikut suka mung la... hek3

Okay sambung lagi...haa... =D Saya yakin mesti komen untuk karya ni... " ****** *****" ...huhu
Aduh, rindu plak kat Mirah.. =P

RINDU..

Apabila aku merasa kehilangab,
Rindu bersarang di hati,
Pabila dia berada di hadapan 
benci menyelubungi seluruh akal fikiranku
Mengapakah perasaan ini harus hadir ....
kerana aku masih mencintainya
dan belum bersedia untuk
menghadapikehilangan seorang
jejaka yang aku sayangi.

(Actually petikan ni kena boikot dah dulu sama aku and aina, hahaha  =P )
 Tidak mengapa, sangat menarik, penuh emosi dan menggamit jiwa. Okay, okay...

Lagiii...haaa...ni dia..
Pasal golongan ketua bidadari-bidadari syurga..
Iaitu WANITA solehah..

WANITA..

Wanita bagaikan sekuntuk bunga mawar yang luarannya harum dan cantik tapi disekelilingnya dikelilingi oleh duri iaitu iman mereka yang menjaga mahkota wanita mereka.


 Iman melambangkan ketegasan mereka yang bertegas daripada melakukan perkara terkutuk. 


Keharumannya pula melambangkan setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 


Sifat-sifat mahmudah mereka menjadikan mereka wanita solehah dengan peribadi yang cantik dan tidak jemu dipandang.

And! Sahabat-sahabat ku sekalian...
Petikan yang terakhir ialah ~> Success

KEJAYAAN..

Mengapakah setiap kejayaan harus ada kegagalan. 
Ini kerana kegagalan merupakan ujian daripada Allah S.W.T. kepada umat-umatnya. 
Tanpa kegagalan, hidup ini tiada keseronokan dan keceriaan kerana kejayaan sentiasa berada di tangan kita, kita akan selalu berpuas hati kerana hati kita sentiasa diisi dengan kejayaan.
Tetapi apabila kegagalan menghampiri, hati kita selalu ingin diisi dengan kejayaan.
Oleh itu kita akan sentiasa berusaha walaupun onak dan duri yang kita hadapi amat menyakitkan tetapi ia merupakan kenangan manis mencapai kejayaan.




DONE! Hm..itu sahaja..semua ni ditulis semasa kitorang form 2 kalau tak silap.
Hm dimana ada kekurang tu maybe kerana mentaliti kami yang masih belum matang kot. But, I'm sure sekarang, pasti lebih amntop lagi...Tak gitu Amirah??!

Ni 100% original ayat dia, tak ubah sikit pun, tajuk pun...cuma bahasa mat rempit tu jela yang tukarnya. Supaya faham. Okay, tata..

No comments:

Lembaran Cerita Blog