Clip Art
Welcome to our blog.Please come and visit us again.

Our Friendzrope bond for...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers falling object

Sunday, April 24, 2011

Derma Untuk Surau Sekolah (Need)


Assalamualaikum semua,
Sekolah SMK Tengku Lela Segara, sekolah kesayanganku and para sahabat, sedang memerlukan dana untuk membina sebuah surau...dana diperlukan adalah setengah juta ringgit, RM 500 000.00. Hal ini adalah berkenaan, surau lama disekolah kami telah rosak dan berbahaya jika masih digunkan, oleh itu, tabung derma dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mengutip derma daripada, para pelajar, guru-guru dan ibubapa. Walaupun telah dibantu oleh beberapa pihak, namun masih belum mencukupi.

So, kami Nam5wym, menggunakan medium blog ini untuk meminta derma untuk pembinaan surau sekolah kami seandainanya ada yang sudi membantu. Sekiranyalah.

Selama ni kitorang gunakan dewan sebagai surau untuk solat berjemaah setiap kali waktu balik sekolah. Sekolah ni special sikit, pelajar diwajibkan solat berjemaah selepas waktu pulang dari sekolah. Pelajar lelaki dan perempuan bergilir-gilir untuk solat, mean, today pelajar lelaki, tomorrow girls. So, camtu lah.

Sebab, guru kami nak lahirkan pelajar yang pentingkan agama, dan memastikan semua pelajar tidak meninggalkan solat. Bukan sekadar cemerlang akademi, bahkan agama. Walaupun usaha ini dipandang remeh oleh few pelajar je, namun ianya teramat lah penting. Kejayaan yang ingin dihasilkan bukan sahaja didunia, bahkan diakhirat.

Suatu kesukaran kepada kami, apabila kami perlu menghampar tikar-tikar bermeter-meter panjangnya, then gulung balik selepas selesai guna seandainya dewan tersebut hendak digunakan. Masa pembelajaran kadang-kadang terpaksa dikorbankan sedikit. Namun ia berbaloi, dapat pahala, But, takkan lah nak terus samapai macam ni untuk selamanya, kan? So, nak tak nak kenalah cari tapak baru untuk bina surau baru. Tapak baru sudah ada, cuma peruntukan belum ada/belum cukup. Hmm..itulah masalah nya.

So, jikalau mana-mana pihak berniat unutk menderma boleh lah contact saya di Facebook saya. Tu! Ada kat tepi tu. Saya akan hubungkan anda dengan pihak sekolah. Sekiranya anda berniat untuk menderma.

Segala bantuan anda amat dihargai, but, kalau tak percayakan saya or tak mampu membantu, tq for reading this blog, dah lama sangat bersarang, ntah ada orang lawat ke tak pun tak tahu.

Have nice day semua! ~Membina modal insan Islam.

No comments:

Lembaran Cerita Blog