
Tuesday, November 22, 2011
Saturday, November 12, 2011
Furqan-Keinsafan
Wahai sahabat-sahabatku...
Meh sini pakat dengar nasyid ni...
Nasyid ni best sangat menenangkan...
Sekadar perkongsian sahaja..huhu...
And i love that cute 'orang kotak'...
Hehe...
Enjoy semua ye...
Assalamualaikum...nite semua..
Monday, November 7, 2011
Rasa Rindu Mengamit Memori
Friday, July 22, 2011
Perjalanan Setiap Kita
Monday, July 18, 2011
ILusi Karya Member..
Hari ni hari aku sedikit rajin, kemas sampah-sampah sarap celah dinding...Tapi bukan jumpa kartun-kartun cute tu ae...saje je tu nak cantikkan entry...
Continue..
Kemas punya kemas kertas-kertas lama..
Then, terjumpalah karya-karya lama kawanku! Karya Cik Amirah...
Dulu ada janji ngan dia nak buat macam buku laa..simpan karangan dia ni..
Ha... sekarang aku taip sini..baca lah semuanya ye..
And inilah karya-karya beliau..hehe
Mula-mula of course lah pasal member-member...kan.
KAWAN..
Aku bagaikan pokok dalam hutan yang dikelilingi oleh pepohon hijau lagi menyubur dan haiwan-haiwan yang sentiasa menjadikan aku sebagai makanannya.
Kadang kala, aku membantu mereka.
Kadangkala mereka memakanku.
Kita tidak tahu yang kita dibenci dan tidak disenangi oleh kawan tapi mereka juga tidak sedar dengan bantuan yang kita hulurkan.
Aku tidak mengharapkan pembalasan melainkan kawan sejati.
Lumrah berkawan siapa tahu.
Dan lagi karya Cik Amirah...
Berkisah cintan cintun... but don't worry ye, tak ada cinta yang menyimpang...hihi
CINTA..
Apabila kita bertanya tentang cinta, semua orang berebut-rebut untuk menceritakan pengalaman mereka.
Berebut-rebut menceritakan kisah duka mereka.
Tetapi adakah mereka berebut-rebut untukuntuk menanyakan tentang Islam, tentang ciri-ciri hamba yang disayangi Allah.
Tentu sekali tidak.
Mereka sedih apabila dibenci oleh kekasih, tetapi adakah mereka sedih apabila dibenci oleh Allah S.W.T. ...cintailah Ilahi, nescaya kamu tidak akan dikecewakan bahkan syurga yang menanti kedatanganmu.
Hmmm! Apamacam pendapat kaliannn??! Menarik??! Syok?! Or jawapan komersil artis-artis? ("No komen") ... ikut suka mung la... hek3
Okay sambung lagi...haa... =D Saya yakin mesti komen untuk karya ni... " ****** *****" ...huhu
Aduh, rindu plak kat Mirah.. =P
RINDU..
Apabila aku merasa kehilangab,
Rindu bersarang di hati,
Pabila dia berada di hadapan
benci menyelubungi seluruh akal fikiranku
Mengapakah perasaan ini harus hadir ....
kerana aku masih mencintainya
dan belum bersedia untuk
menghadapikehilangan seorang
jejaka yang aku sayangi.
(Actually petikan ni kena boikot dah dulu sama aku and aina, hahaha =P )
Tidak mengapa, sangat menarik, penuh emosi dan menggamit jiwa. Okay, okay...
Lagiii...haaa...ni dia..
Pasal golongan ketua bidadari-bidadari syurga..
Iaitu WANITA solehah..
WANITA..
Wanita bagaikan sekuntuk bunga mawar yang luarannya harum dan cantik tapi disekelilingnya dikelilingi oleh duri iaitu iman mereka yang menjaga mahkota wanita mereka.
Iman melambangkan ketegasan mereka yang bertegas daripada melakukan perkara terkutuk.
Keharumannya pula melambangkan setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
Sifat-sifat mahmudah mereka menjadikan mereka wanita solehah dengan peribadi yang cantik dan tidak jemu dipandang.
And! Sahabat-sahabat ku sekalian...
Petikan yang terakhir ialah ~> Success
KEJAYAAN..
Mengapakah setiap kejayaan harus ada kegagalan.
Ini kerana kegagalan merupakan ujian daripada Allah S.W.T. kepada umat-umatnya.
Tanpa kegagalan, hidup ini tiada keseronokan dan keceriaan kerana kejayaan sentiasa berada di tangan kita, kita akan selalu berpuas hati kerana hati kita sentiasa diisi dengan kejayaan.
Tetapi apabila kegagalan menghampiri, hati kita selalu ingin diisi dengan kejayaan.
Oleh itu kita akan sentiasa berusaha walaupun onak dan duri yang kita hadapi amat menyakitkan tetapi ia merupakan kenangan manis mencapai kejayaan.
DONE! Hm..itu sahaja..semua ni ditulis semasa kitorang form 2 kalau tak silap.
Hm dimana ada kekurang tu maybe kerana mentaliti kami yang masih belum matang kot. But, I'm sure sekarang, pasti lebih amntop lagi...Tak gitu Amirah??!
Ni 100% original ayat dia, tak ubah sikit pun, tajuk pun...cuma bahasa mat rempit tu jela yang tukarnya. Supaya faham. Okay, tata..
Friday, July 15, 2011
Kuetiau Kung Fu !
Ni lah antara gambar-gambar aktiviti aku dan kawan-kawanku... MEMASAK !
Hobi kami yang sangat sangat fun...
Kuetiau Kung Fu ni untuk oral bahasa melayu kitorang...
Nanti kitorang pasang video yang dah siap diedit, then tayang dalam kelas, and bercakap...
Senang kan??
Oklah, tak bleh cakap bany0k-banyok, sini hujan and guruh sekarang....
Sampai jumpa lagi...
Friday, July 1, 2011
Tomorrow Is a BIG DAY !
Nak tid0rrr ~
Hari ni memang padat gile jadual... Alhamdulillah masih ada sikit ruang masa untuk rehat...
Pagi tadi pergi sekolah, angkut barang untuk jualan, siapkan meja kat sekolah untuk jualan esok...pastu pukul 3.15 petang pergi rumah wani nak buat cupcakes..., pukul 7.15 petang baru laaa saya pulang rumah!!! Aih...nasib la mak faham.. kira-kira jumlah cupcakes dapat la 166 biji, untuk untuk saya and wani dalam 16.50... excited giler kitorang...tak sia sia la usaha kami...apa-apa pun tu kalau semua cupcakes tu laku la....kalau takkk...hm....kurang la sikit kot....modal tu still boleh rolling lagi...
Then, magrib tu bersiap-siap untuk pergi jamuan bbq yang dijalankan oleh rukun tetangga kat kawasan perumahan saya...pukul 11 ni baru laa bleh landing elok-elok atas lantai..program ni saya pun baru tahu dalam masa terdekat ni, mengejut...alahaaiii...(bleh la lantai pun)
Member-member lain pun busy gak ada yang packing barang-barang and siap-siap untuk jualan esok...
Ada maybe dah on bed kot, nak kejut awal esok nak masak-masak untuk jualan...
Then, duk contact contact sal masalah air 1 dozen tu...kes kedai tutup...
Tapi alhamdulillah akhirnya settle jugak...kalau tak kami nak jual air apa laaa esokkk...
Kitorang da beli dalam 8 botol air gas sebelum ni, tapi kes nak harga murah and boleh campur pelbagai jenis air, nak lah pergi beli kedai lain..malang sekali kedai tutuppp!
Pergi la beli kat pam minyak tu! Paling dekat...thank you bebanyak kat mak Afiqah sebab sanggup tolong kami....beli air...
Apa-apa pun, nak rehat-rehat badan, esok nak berlari, nak kena pergi sekolah pukul 6.30...nak awal...then, nak kena berjualan...
Ya Allah kau berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan hari-hari kami dan engkau murahkanlah rezki kami...Amin.
By da way, gud luck to anyone yang bakal menghadapi hari besar jugak esok, yelah, esok dah masuk bulan 2/7/2011...kan kan kan??!
Hm... ^_^ Hav Nice Days~ K..siapkan mental kalian untuk segalanya.. (me too, =) )
Thursday, June 30, 2011
Hari Shopping Barang untuk Jualan Sabtu
Akhirnya segala perancangan sudah dijalankan...
Hari ni memang meletihkan jugak laaa...balik je sekolah pagi tadi..dalam jam 12.45....take a nap, then siap-siap semua, pi Mydin Mall...
Aku wif, Wani, Safiah, and Afiqah...
Kitorang beli barang-barang untuk jualan kitorang hari sabtu ni...
Kitorang dah kira semua bajet barang-barang..kira modal, kira harga jual untuk seunit...then kira berapa paket ada kat dalam tu, then kira untung rugi semua...
Cuma air gas je, kami nak beli lagi untuk 1 dozen...nak beli dari tempat lain, sebab nak harga murah.
Tomorrow, seawal pukul 9.00 pagi kitorang dah ada kat sekolah nak siapkan tempat jualan, and siapkan barangan jualan. Harap everything berjalan dengan smooth je. Amin.
Wednesday, June 29, 2011
This week ! hOPE we Hav OutstaNDing Days~!
Huh! minggu ni minggu koperasi kat sekolah...memang busy..
Minggu ni 1 of My Best Buddy dah berpindah ke SMK Chukai kat kemaman atas sebab tertentu. Name dia Siti Alia. Dia sedih jugak time nak berpisah ari tu... Saya doakan dia dapat sesuaikan diri kat sana dengan mudah. Kuatkan semangat. Yaya, belajar sungguh-sungguh neh! Yaya lah orang yang paling bersemangat time bercakap... gi sana jangan hilang semangat neh... lov u so much buddy (malu ase nk sebut, hehe, saya bukan bese ungkap mende nih kalau ikhlas, malu tahap gaban..tapi demi Yaya, sebuat gok! =P). ^_^
Lagi Peristiwa Minggu ini...
Tapi hari sabtu ni PM kita buat Program Larian 1 Malaysia...
1 Larian 1 Murid @ 1 Murid 1 Larian...
So, semua pakat berlari lahhh ramai-ramai...
Semua kena berlari, para guru, pelajar, staf kakitangan semua berlari...at da same time..
Dorang nanti pasang lah webcam ke apa saya tak tahu, live chat gitu ngan PM kita...untuk saksikan pelancaran tu beramai-ramai, then berlari!!!
Syok jugak...tapi saya (nani), and wani, terlibat dengan jualan untuk hari tuuuu!
Kami selaku pengawas form 4 diberi tugas untuk mengadakan jualan bersempena hari tu!
So, kami dah rancang semuanya...plan siap-siap...
Antara makanan special sikit yang kami jualnya, roti sardin gulung (Mak Afiqah n Afiqah yang buat), then, Cupcakes (Nani, Wani, n Afiqah yang buat), special sikit gituh, nak test laku ke tak makanan kitorang, hehehe...pastu kitorang jual jugak minuman Air bikarbonat + Ice Cream...haaa..yang ni Mirol Akim punya idea...
Kalu bleh kitorang nak baut menu baru sikit...kasi len dari yang lain...
Tak nak ah sama ngan jualan kat kiosk, koperasi, kantin, or maybe ade budak-budak form 6 ke (form 6 selalu je nak bersaing dengan group pengawas ni, hehe, kiddin'..what i mean is, dorang selalu join jualan kat sekolah...thats all~!
Hope semua laku lah! Kalau bleh tak nak rugi, tapi rugi tak pe, kitorang baru belajar an??!
Hm, jualan ni diketuai oleh Afiqah.
Bajet kitorang RM 150.00 ...kire-kire modal yg bakal di'kuar'kan tadi ade lebih skit lagi...standby untuk mende len nanti..
Hmm! Menjual ni satu je yang malas nya, kene tunggu orang datang mai beli ~ ...macam hari sukan tahun ni, yang da lepas, punya lah lenguh duk tunggu orang mai beli air...nak habiskan...haish! lemah den...boring giler...
Hope cepat habes lah! Target kami kali nih 2 dozen air...Insya Allah laku..hehehe...
Thursday, June 16, 2011
1) Tekan button stop (petak punya) kat music player sebelah kiri blog ni, untuk shut it up.
2) Korang tekan button play untuk both video.
3) Then, korang tonton video yang ke-2 tu.
Kenapa erk? ..
Sebab lagu dia memang kena dengan video tu, pendapat saya la. OKay. Enjoy~!
I really love this video.
Rasa nya macam, nak contact terus kawan yang dah terputus hubungan sekarang.
Aku tak sepatutnya lost contact ngan dorang semua.
Tapi...
Hm...
Maafkan saya kawan-kawan...
Sunday, April 24, 2011
Derma Untuk Surau Sekolah (Need)
Assalamualaikum semua,
Sekolah SMK Tengku Lela Segara, sekolah kesayanganku and para sahabat, sedang memerlukan dana untuk membina sebuah surau...dana diperlukan adalah setengah juta ringgit, RM 500 000.00. Hal ini adalah berkenaan, surau lama disekolah kami telah rosak dan berbahaya jika masih digunkan, oleh itu, tabung derma dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mengutip derma daripada, para pelajar, guru-guru dan ibubapa. Walaupun telah dibantu oleh beberapa pihak, namun masih belum mencukupi.
So, kami Nam5wym, menggunakan medium blog ini untuk meminta derma untuk pembinaan surau sekolah kami seandainanya ada yang sudi membantu. Sekiranyalah.
Selama ni kitorang gunakan dewan sebagai surau untuk solat berjemaah setiap kali waktu balik sekolah. Sekolah ni special sikit, pelajar diwajibkan solat berjemaah selepas waktu pulang dari sekolah. Pelajar lelaki dan perempuan bergilir-gilir untuk solat, mean, today pelajar lelaki, tomorrow girls. So, camtu lah.
Sebab, guru kami nak lahirkan pelajar yang pentingkan agama, dan memastikan semua pelajar tidak meninggalkan solat. Bukan sekadar cemerlang akademi, bahkan agama. Walaupun usaha ini dipandang remeh oleh few pelajar je, namun ianya teramat lah penting. Kejayaan yang ingin dihasilkan bukan sahaja didunia, bahkan diakhirat.
Suatu kesukaran kepada kami, apabila kami perlu menghampar tikar-tikar bermeter-meter panjangnya, then gulung balik selepas selesai guna seandainya dewan tersebut hendak digunakan. Masa pembelajaran kadang-kadang terpaksa dikorbankan sedikit. Namun ia berbaloi, dapat pahala, But, takkan lah nak terus samapai macam ni untuk selamanya, kan? So, nak tak nak kenalah cari tapak baru untuk bina surau baru. Tapak baru sudah ada, cuma peruntukan belum ada/belum cukup. Hmm..itulah masalah nya.
So, jikalau mana-mana pihak berniat unutk menderma boleh lah contact saya di Facebook saya. Tu! Ada kat tepi tu. Saya akan hubungkan anda dengan pihak sekolah. Sekiranya anda berniat untuk menderma.
Segala bantuan anda amat dihargai, but, kalau tak percayakan saya or tak mampu membantu, tq for reading this blog, dah lama sangat bersarang, ntah ada orang lawat ke tak pun tak tahu.
Have nice day semua! ~Membina modal insan Islam.
Saturday, April 9, 2011
Gather gather..
Apa khabar memberku disana?
Eh, disini rupanya, rupanya dorang dah ada depan mata, yang jauh dimata kembali berdiri dihadapan aku.Haha.
Comel2 la korang ni, makin gebu, bulat, molek, geter, kurus…hahaha…^^..ikhlas ni,k.
Hari ni ramai yang balik semula ke SMKTLS, cuz ada majlis anugerah cemerlang kat sekolah aku and member2 lama aku pun datang lah, bleh jumpe..and citer2.
Femes lah dorang hari ni, yelaaa semua pakat kerumun kat dia, nak dengar perkembangan dorang kat sana, ada yang citer pasal hostel la, and sedih2, aku pun terpikir camne lah aku kalau kena camtu. Dulu mmg aku x berapa kesah sangat, tpi makin lama, makin berpikir….btw kami yang dah lama kat sini xdok orang nak layan pun. Cedih, betul x aina, and wani, and t-ah? Cedih eh! T_T Kih3..
Haha. Hm, tadi aku de jupe En. Amir ex-student sekolah aku. Ishk, smart giler, pakai kot, songkok, all black and berkabung bagai, haha. Aku tanya kenapa pakai kot ni? Dia cakap, memang uniform sekolah camtu. Aku pun kata r, “ooo, smart.” Kui3….hahaha…dia pun apa lagi, mewek senyum. Hua3…(aku memang tak tahu malu, puji orang, saje je sebnrnya nak buat orang perasan, ishk3, haha, x lah,kiddin’) Adoi! bese la kang, alah! aku dulu pun dapat gak tawaran same sekolah ngan dia, aku je x nak pi. Nak manja ngan mak. Keh2.
Tapi, ishk3…
Ade jugak yang tak hadir sama, nak buat macam mana, mak n ayah dia dah pindah kuantan, dia plak sekolah lain, so, tak bleh nak hadir, wakil pun x de. Tak pelah sahabatku, hadiah mu ku simpan sebagai kenangan kita. (rm50 tuuu!,hehe)…
Syok la jugak hari sebenarnya kan3?
p/s: aq citer pasal sape ni?
Friday, March 11, 2011
Sekembalinya..
Assalamualaikum, huh lama tak update blog ni..
Waa da banyak sarang spiderrr la wei..
Tak pe, japg den bersih bersihlan..
Apa da new story ni rajin sangat update blog yang da berkarat 1000 taun ni???
(hmm, apa la gak nya)
Btw, haaa kalau koran perasaan main title blog ni dah tukar jadi Colour Of Friendship.
I and my friend think thats name better dari yang Bond Our Frenzrope tu...
Actually, kitorang bila udah naik form 4 busy tak terkata (overnya)
Yelah, macam-macam subjek baru...Biology, KImia, Fizik, and makin aktif dalam kokorikulum (ke camne eja dia, tak berapa reti la! hehe pape jela, asal paham dah)
And yela, bila dah dapat result masing-masing bagus kan, ada yang dapat tawaran ke sittu, ke sini..
And macam-macam kesah ada..
But I pick 1 short story. Harap Cik Adik punyer story tak kesah, ni tuk dipahat. Haha.
Kesah,
Member ni dia ada mintak sekolah *****...and last-last bila dah main orang dalam ni, last-last, Alhamdulillah dapat la.
Dia ni tak berapa nak la pindah ni, but ikot nasihat mak n abah, dia pun pergi, siap solat istikharah semua.
So, pe lagi, dah buat decision, dengan laju nya, ~bedecun! sampai la kat sana.
And, tak danggg 1 week, aish dia call parents cakap tak leh nak sesuai and nak balik, just in few days, dalam minggu yang sama, dia pun pulang ke pangkuan members niii..
Hahaha, cam lawak plak..
And bila balik je, terus masuk exam, nasib sempat start dari mula.
Mean, dia balik tu, kitorang kat sini baru mula exam, so sempat la ambik semua paper.
And now, da dapat offers from someone tuk berarak ke sekolah lain pulok dohh!
And now still waiting, but u know what her parent said???
" My daughter, it seems like your fate isn't here (at this school laaa), first u got this school, then, this school,so, mung kena gi jugok!"
so, dia akur, and still waiting for panggilan tu, kalau dapat akan terus pergi,and kalau tak dapat, duk sini je...
To my beloved and sweet friend,
Where ever you study, it's depends on you la, just buat da best, it'll be yours.
And, dengar lah cakap mak ayah, and me, 1 kepala ngan parent mung tu, i think memang sudah takdir mung tuk berpindah, and aku sokong mung 100 %.
Mum always right.
Thursday, January 6, 2011
Wednesday, January 5, 2011
Sebuah Memori 3 Amanah
Aku pun akur je dengan mak aku. Masa tu waktu balik sekolah, orang pun dah tak der lam kelas, semua dah balik rumah masing-masing cuma form 6 je, dorang balik lambat, ada kelas.
Aku pun naik lah ke blok form 3, tenang, damai, sunyi, aku pun menjalankan tugas aku dengan amanah dan semangatnya.
Aku tampal semua kertas-kertas tu. Dalam operasi menampal ni, aku pun sampai kat kelas lama aku, kelas 3 Amanah, yang kini tertera name kelas 2 Etika. Aku pun melangkah masuk.
Aku tengok kat sekeliling, kat dalam kelas, tak de orang, aku pun masuk je...
Aku tengok kat luar, pun tak de orang...
Suasana sunyi, damai...
Alhamdulillah, semua dekorasi dan tampalan masih ada, kecuali barang yang dah diambil semula oleh tuan empunya barang yang sudi meminjam kepada kami selama 1 tahun...cantek kelas kami.
Aku terpandang kertas-kertas warna pink, ditampal kat dinding kelas, antara dekorasi kami.
Pastu aku jalan perlahan-lahan, aku tengok lagi banyak kata-kata motivasi tertampal kemas pada dinding kelas, aku lihat sinopsis novel Prisoner Of Zenda, sinopsis tu kami warga 3 Amanah yang buat, hasil karya setiap tangan kami...
Tulisan comel-comel belake...besar, kecik, tunggang langgang semua ada...hahaha..
Pastu aku jalan kat meja cikgu kat depan.
Aku tengok meja-meja dalam kelas tu, dah disusun mengikut penghuni baru...
Aku pun pergi tampal kertas iklan tu...
Aku tengok meja guru kat tepi aku, aku teringat kat Ustazah Rosliza duk mengajar dengan muka yang penuh harapan dan semngat, ustazah bahasa Arab kami.
Angin pun semakin berderu menerjah bukaan pintu depan kelas 3 Etika sekarang.
Aku makin asyik dibuai memori lama, rasa rindu mula menerjah emosi tin kosong aku...
Perasaan sedih mula merangkak mari, aku terus menepis perasaan tu...
Dush, perasaan itu pun jatuh tersungkur...kesian dia...aku biarkan dia tanpa pertolongan...
Aku pun berlalu pergi sambil pandang meja aku dan kawan-kawan aku.
Aku jeling sekilas tanpa perasaan yang mendalam, namun hati aku tetap mulai merindui memori di meja tu.
Aku biarkan...aku menyambung kerja ku dengan gigih dan baik nya.
Ehhh!...aku jalan-jalan sampai kat kelas 3 Etika, bukan ke tadi dah masuk kelas 3 Etika,
laaaaa rupa-rupanya tadi kelas 2 Etika!...aku pun bergegas ke kelas tadi, yang dulu nya kelas 3 Amanah...
Aku turun tangga dengan pantas nya, aku pun jalan perlahan-lahan masuk kelas tadi.
Macam mana aku boleh tersilap tampal dalam kelas ni...ishk, silap baca name kelas rupanya.
Aku cabut balik kertas tadi...
Aku pun on the way nak keluar, aku jalan ke arah pintu depan, ishk! angin sekali lagi mengganggu aku.
Nyaman nya, Subhanallah...
Aku pun cari spot terlindung sikit depan muka pintu, tak nak orang lain nampak because nak layan emosi sikit, aku kasi chance tuk emosi tadi merasuk ku...aku berdiri kat situ, aku pandang kat tempat duduk lama aku dalam kelas tu...tempat first seat, paling depan...VIP punya class...
hmmmm, yang mana lah meja aku, aku pun terus jalan, agak nya yang ni kot...ermmm aku yakin yang ni...
Aku pun terimbau kembali kenangan aku dan kawan-kawan aku tengah belajar bahasa Arab...
Syok nya belajar, sukar nya belajar, alhamdulillah kami di beri guru yang bermotivasi dan bersemangat...
Akhirnya, kami berjaya dengan keputusan masing-masing hasil titik peluh Ustazah Rosliza dan diri kami sendri...
juga rezki dan ujian Allah kepada kami, alhamdulillah...
Aku terpandang sebuah kertas kad manila terpampang di dinding tertera ayat suci Al-Qur'an, surah Al-Jumuua'h kalau tak silap aku...
Tulisan kat kertas tu masih elok, itulah hasil ku...aku di pinta sekalian makhluk kelas 3 Amanah untuk menulis ayat tu...kata dorang, my khat writing cantik...aku rasa tak pun, my friend punyer ada lagi cantik, tak bohong...
But, melihat kembali hasil ku, aku mula merasa bangga dengan diri aku...ishk, nyampah nya!...
Aku gembira bila orang dapat membaca tulisan ku, kerana tulisan rumi aku kata 1 of my kawan, langsung tak boleh nak faham...
.....
Aku tersedar lagi, kini, semua nya dah berlalu...seorang kawan baik ku sudah mengambil haluan nya sendiri, dia dah pindah..
dia dah tak de lagi kat sini...minggu depan seorang lagi akan melangkah pergi dari SMKTLS...
Ahhhh....kenangan lalu...
Angin tetap bertiup nyaman, jauh membawa ku pergi walau sangat sekejap...
Indah nya, kami duduk sama-sama, dengar pelajaran cikgu sama-sama, bergurau senda, pelajar lelaki buat lawak, kami gelak sama-sama, sekali dengan cikgu-cikgu gelak sama...
Semua tu dah berlalu....itulah kenangan...
Perasaan rindu menyengat hati aku, aku merasa rindu kat kawan-kawan aku, aku mula merasai sebuah kehilangan...
Aku pun berlalu pergi dari situ...dan meneruskan kerja aku....aku membiarkan semua perasaan tu gugur dengan sendiri, tapi ia meninggalkan bekas...
Aku berlalu bersama bekas perasaan yang terkesan dan membiarkan nya membuai aku..
Perasaan tu perlahan-lahan berlalu pergi..
Akhir nya kerja-kerja ku sudah siap!
Ingatkah kita kepada Rasullah S.W.T.?? ingat kah Rasulullah kat kita juga....Sedih!
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau…xtaulah, waLlahua’lam. ..
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.
- copy dari blog org!....- di benarkan ek!...
Tuesday, January 4, 2011
awk...awk ader pkwe x..klu x dok sy nk msuk line...hahahahaha
hahaha, xde...awk nk ker?
Monday, January 3, 2011
Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak

1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
2) Letak gambar atas tu kat awal2 entry korang.
3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)
4) Tag 3 orang kawan2 korang yg berminat
5) Letak link entry korang kat bwah nie.